
Seekor kucing yang diselamatkan oleh team ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia daripada tapak nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, baru-baru ini kini sudah tiada.
Berita kematian haiwan kesayangan rakyat Malaysia yang diberi nama Oyen Elmina itu dimaklumkan oleh doktor veterinar yang merawatnya iaitu Dr. Zulerwan menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
Menurut Dr. Zulerwan, selain didapati positih untuk virus FIV, komplikasi luka yang berada di tulang belakang Oyen juga membuatkan jangkitan kuman lebih cepat merebak.
“Dukacita dimaklumkan, Oyen Elmina telah pun pergi untuk selamanya hari ini (Ahad malam).
“Oyen yang didapati positif untuk virus FIV (AIDS kucing), membuatkan sistem immune badan Oyen terganggu.
“Komplikasi luka yang berada di tulang belakang membuatkan jangkitan kuman lebih cepat merebak.
“Oyen mulai lemah dan rawatan telah diberikan sebaik mungkin tetapi Oyen tidak dapat bertahan. Terima kasih kepada semua yang mendoakan Oyen,” maklumnya.
“Terima kasih doc kerana telah merawat Oyen. Walaupun sekejap sempat Oyen merasa kasih sayang dari insan baik. Oyen di akhirat kelak akan bercerita tentang kejadian Elmina dan kebaikan doctor,” tulis @dr_asma_abdullah_nurul
“Selamat tinggal Oyen. Terima kasih doktor sebab telah merawat Oyen hingga akhir nyawa dia,” coret @_mrjoemarc
“Salam takziah… Oyen dah tak sakit lagi… Terima kasih doktor dan team atas usaha rawatan terbaik buat Oyen serta staf KKM yang bawa Oyen untuk dapatkan rawatan. Hanya Allah yang dapat balas budi baik kalian,” komen @scha_fza





