“Oyen yang plan ke?” – Zoo Negara Dilanda Banjir Kilat, Seekor Capybara Terlepas

Entertainment
19 Oct 2023 • 11:16 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, Kuala Lumpur dilanda hujan yang sangat lebat dan terdapat beberapa kawasan di sini mengalami banjir kilat.

Antara tempat yang terkesan ialah Hulu Kelang, Ampang dan kawasan berdekatan, malah Zoo Negara turut mengalami banjir kilat kira-kira jam 5 petang semalam.

Apa yang menarik perhatian netizen ialah salah seekor capybara yang menjadi tarikan di Zoo Negara itu difahamkan telah terlepas susulan banjir kilat itu.

Menurut laporan Buletin TV3, Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana memberitahu bagaimanapun banjir kilat yang berlaku semalam itu tidak seteruk seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

“Kebetulan sewaktu kejadian, kakitangan kita belum balik lagi dan mereka berada dalam keadaan bersedia.

Semua haiwan kita juga berada dalam keadaan selamat kecuali seekor capybara terlepas keluar. Tetapi ia dapat diselamatkan dan dimasukkan balik (ke dalam kawasannya) oleh kakitangan kita.

Selain itu, dua panda juga selamat kerana berada di tempat yang tinggi,” katanya.

Terdapat juga netizen yang berkongsi keadaan di Zoo Negara ketika insiden banjir kilat itu melanda semalam.

Selain itu, kerja-kerja pembersihan di Zoo Negara susulan insiden itu telah pun siap dilakukan malam semalam.

Beliau turut memberitahu Zoo Negara dibuka pada hari ini dan ia beroperasi seperti biasa.

Sumber: Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.