Ozlynn dedah sisi sebenar Johan, ucapan raya buat ramai tersentuh- 'Sampai helper pun dia minta maaf'

LocalFamily & Parenting
24 Mar 2026 • 7:22 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SELAMA ini ramai mengenali Johan Raja Lawak sebagai figura yang mencuit hati, ringan dengan jenaka dan sentiasa menghiburkan.

Namun di sebalik sisi santai itu, tersimpan karakter seorang lelaki yang cukup mendalam dalam memimpin keluarga.

Perkara itu dikongsikan oleh isterinya, Ozlynn Wati, menerusi satu hantaran di Threads yang membuka mata ramai tentang sisi sebenar Johan yang jarang dipertontonkan kepada umum.

Ozlynn atau Rozlinawaty Ismail mengimbas kembali momen ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini yang pada awalnya tampak biasa, namun bertukar menjadi detik paling menyentuh buat seluruh keluarga.

“Selamat Hari Raya dari kami Johan dan Ozlynn. Gambar satu keluarga nanti dulu, bagi kami berdua feeling berdua sekejap.

“Panjang ucapan papa (panggilan untuk Johan) tahun ini, syahdu je dengar, belum lagi bermaaf-maafan,” tulisnya.

image is not available

Memohon  maaf

Menurut Ozynn, suaminya itu mengambil ruang itu untuk menyampaikan ucapan yang bukan sekadar formaliti. Setiap bait kata-katanya sarat dengan rasa syukur, sebelum dia mengakhiri dengan tindakan yang cukup merendah diri, memohon maaf kepada setiap ahli keluarga, satu per satu.

“Sampai di hujung ucapan papa terus cakap dia minta maaf dekat setiap dari kami anak-beranak, daripada saya sampailah ke helper sekali,” kongsinya lagi.

Momen itu membuatkan suasana rumah berubah sekelip mata.

Dari gelak tawa, bertukar menjadi hening dengan air mata yang mengalir tanpa sedar.

“Sedu sedan satu rumah. Terima kasih papa sentiasa ajar dan ingatkan kami tentang syukur dengan nikmat ALLAH. Didik dan bimbinglah kami supaya kita sama-sama ke syurga,” luah Ozlynn.

Perkongsian tersebut pantas menarik perhatian warganet yang rata-rata tersentuh melihat sisi Johan yang berbeza daripada imejnya yang sering mencuit hati. Ramai mengakui tidak menyangka individu yang sentiasa membuat orang ketawa itu sebenarnya begitu dalam cara dia mendidik dan menghargai keluarga.

“Tak sangka sisi Johan macam tu… selalu tengok dia huhahuha saja.”

“Suka tengok Johan didik anak-anak dan isteri. Moga semakin menuju rahmat dan reda-NYA.”

“Selamat Hari Raya buat kamu berdua serta anak-anak… semoga keluarga ini kekal bahagia selamanya.”

image is not available

Tidak kurang juga yang menyifatkan Johan sebagai contoh lelaki yang bukan sekadar menghiburkan di luar, tetapi juga memimpin keluarga dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab.

Untuk rekod, Johan dan Ozlynn mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Sodiq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania, Nur Latifah Moleiq Hanania dan Nur Latifah Cherdiq.