Ozlynn jawab isu lelaki miskin dilarang kahwin – “Boleh nikah asalkan…”

Family & ParentingLifestyle
4 Sep 2026 • 11:52 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon, Ozlynn, menyuarakan pandangannya selepas seorang netizen mendakwa lelaki yang mempunyai kehidupan serba kekurangan tidak wajar mendirikan rumah tangga.

Image from: Ozlynn jawab isu lelaki miskin dilarang kahwin – “Boleh nikah asalkan…”

Pandangan itu dilontarkan susulan netizen berkenaan menganggap jumlah RM5,000 sebagai terlalu kecil, malah membandingkannya dengan RM300 yang pernah dibelanjakannya untuk meraikan pelajar yang mencapai sasaran dalam peperiksaan.

Image from: Ozlynn jawab isu lelaki miskin dilarang kahwin – “Boleh nikah asalkan…”

“RM5,000 very cheap. RM300 tu hanya amount yang aku guna untuk belanja Mixue for my students sebab achieve target exam. Kena hadap realiti, lelaki miskin dilarang kahwin,” tulis netizen tersebut.

Bagaimanapun, Ozlynn menolak pandangan berkenaan dan menegaskan bahawa keadaan kewangan bukanlah ukuran mutlak yang menentukan sama ada seseorang lelaki layak berkahwin atau sebaliknya.

Menurutnya, lelaki yang berpendapatan atau berkemampuan terhad masih mempunyai peluang untuk membina rumah tangga, asalkan memiliki keazaman untuk berusaha, tidak bersikap malas serta menghormati orang di sekeliling.

Image from: Ozlynn jawab isu lelaki miskin dilarang kahwin – “Boleh nikah asalkan…”

“Siapa cakap lelaki miskin tak boleh kahwin? Lelaki miskin boleh kahwin asalkan dia rajin usaha. Tak malas dan hormat sesama manusia.
“Yang dah la bodoh, malas, miskin, kuat komplen memang tak layak kahwin! Sebab akan menyusahkan orang sekeliling. Sekian, terima kasih,” tegasnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat bersetuju dengan pandangan yang disampaikan Ozlynn mengenai isu berkenaan.

Malah, ada yang menitipkan doa agar golongan lelaki terus berusaha mencari rezeki dan memperbaiki kehidupan sebelum membina keluarga.

Asalkan bertanggungjawab

Image from: Ozlynn jawab isu lelaki miskin dilarang kahwin – “Boleh nikah asalkan…”

Moga lelaki terus berusaha keras

Image from: Ozlynn jawab isu lelaki miskin dilarang kahwin – “Boleh nikah asalkan…”

Artikel lain: Ozlynn pesan, suami bukan ‘balaci’ isteri – “Masalah bincang bersama, bukan ngadu kat kawan”

Bagi netizen, kekurangan dari segi kewangan bukan alasan untuk seseorang berputus asa, sebaliknya sikap rajin berusaha dan kesungguhan mencari rezeki lebih penting dalam membina kehidupan bersama pasangan.

Sumber: Threads jozlynnhanania

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved