P.I.E. Industrial dijangka catat peningkatan tempahan bermula Oktober - Kenanga Research
azan
08/08/2023 - 14:54
KUALA LUMPUR 8 Ogos - P.I.E. Industrial Berhad dijangka mula mencatatkan peningkatan tempahan produk bermula Oktober ini.
Kenanga Research berkata, kumpulan itu terus menerima pertanyaan menggalakkan daripada bakal pelanggan baharu dengan produk seperti pelayan (server), perubatan, rumah pintar dan peralatan dron.
Pada masa ini, mereka telah memuktamadkan rundingan dengan empat daripada mereka dan kemungkinan pesanan itu diteruskan ke peringkat kelayakan dan sampel.
"Kumpulan itu menjangkakan keempat-empat pelanggan itu akan memberi sumbangan positif (8% hingga 12% daripada hasil kumpulan) selepas pengeluaran besar-besaran pada FY24.
"Oleh itu kumpulan itu akan meneruskan rancangan pembesarannya iaitu Kilang 5 (100,000 kaki persegi) yang sudah 90% siap dan Kilang 6 (280,000 kaki persegi) akan siap pada 1QFY23 yang akan menjadi kilang terbesar mereka," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma penyelidikan itu berkata, kumpulan itu juga sedang dalam usaha merombak kilangnya di Thailand (80,000 kaki persegi) untuk menampung lebih banyak tempahan bagi abah-abah wayar dan kabel, dengan tumpuan kepada kenderaan elektrik (EV)
Katanya, syarikat induk PIE, Pan-International Industrial Corporation yang tersenarai di Taiwan (yang memiliki 51.42% daripada PIE), akan membiayai pengembangan sebanyak AS$20 juta untuk meningkatkan ruang lantai kilang sebanyak 40% dan membeli peralatan baharu.
"Syarikat induk Pan-International Industrial Corporation, Foxconn, yang merancang untuk mula mengeluarkan EV di Thailand pada 2024," katanya.
Kenanga Research menyukai kumpulan itu kerana set kemahirannya yang komprehensif menjadikannya penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) pilihan utama untuk syarikat multinasional (MNC).
Katanya, pelbagai kelebihan daya saing yang dinikmatinya sebagai unit Foxconn dan pangkalan pelanggannya yang pelbagai dan berkembang, daripada mereka yang terlibat dalam peranti komunikasi dan alatan kuasa kepada yang terkini peralatan DeFi.
"Kami mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran RM3.61 sesaham," katanya.- DagangNews.com

