“P*kyu Moktar Radin” – KJ Dedah Bung Moktar ‘Penentang’ Usaha Kerajaan Buat Larangan Merokok

Entertainment
7 Jun 2023 • 12:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin semalam meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menerusi laman Instastorynya.

Menurut Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ, Bung Moktar merupakan penghalang terhadap pelaksanaan dasar-dasar yang dia ingin laksanakan untuk melindungi rakyat Malaysia daripada bahaya merokok.

Beliau turut memuat naik foto Bung Moktar dengan menggelarkan beliau sebagai ‘penentang’ kesihatan awam.

“Musuh kepada kesihatan awam. Mahu menentang undang-undang kawalan produk rokok. Bangkang ketika saya jadi Menteri Kesihatan. Sekarang juga masih menentang.

“Mungkin beranggapan rokok bukan penyebab kanser. Nasib baik Sabah tak jatuh kat kamu,” tulis Khairy.

image is not available

KJ gesa segera luluskan RUU Kawalan Produk Merokok

Dalam Instastory pada hari yang sama, KJ mendesak kerajaan supaya segera membentang dan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok dengan peruntukan Generasi Penamat Rokok (GEG) di Parlimen.

Gesaan tersebut dibuat berikutan kes seorang kanak-kanak perempuan mengalami gejala batuk, muntah dan sesak nafas di Bera, Pahang pada 30 Mei disyaki mengalami keracunan nikotin akut.

image is not available

Menurut laporan Sabah Baru News, semasa KJ memegang jawatan Menteri Kesihatan, beliau pernah berharap Sabah turut menyokong akta baharu bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik (vape) terhadap generasi muda yang lahir selepas 2007.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.