Xiaomi Mi CC9 Pro Dengan Kamera 108MP Dan Sokongan Zum Optikal 5x Bakal Dilancarkan Pada 5 November

TechnologyDigital
28 Oct 2019 • 2:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Xiaomi agak aktif dalam pengenalan sejumlah peranti menarik sepanjang tahun ini. Terbaru, kini pengeluar dari China berkenaan telah mula mengacah kehadiran sebuah lagi telefon pintar baru tidak lama lagi, iaitu Mi CC9 Pro.

Xiaomi Mi CC9 Pro ini bakal menjadi telefon pintar pertama yang dipasarkan dengan sensor kamera 108MP – sekaligus mendahului pelbagai pengeluar lain. Xiaomi bakal menggunakan sensor kamera daripada Samsung pada peranti ini.

Telefon ini juga dilihat menyertakan lima sensor kamera pada bahagian belakang, selain mana turut dilihat bakal menawarkan sokongan zum optikal sehingga 5x melaluinya. Kamera belakang peranti ini juga turut menyertakan dwi lampu LED Flash.

Buat masa ini, info penuh berkenaan telefon pintar ini masih tidak diketahui lagi. Xiaomi menjadualkan tarikh 5 November ini untuk pelancaran telefon pintar ini.