Pablo Amirul Akui Dr Hana Banyak Ubah Hidup Jadi Lebih Positif - “Diri Ini Sedar Banyak Kekurangan…”

21 Jul 2025 • 7:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Pablo Amirul meluahkan rasa syukur dengan kehadiran seorang wanita istimewa dalam hidupnya, iaitu Dr Hana Rose.
 

Perubahan positif

 


Menerusi perkongsian di platform Threads, Pablo atau nama sebenarnya Amirul Hisyam Mohd Sakri, 40, mengakui bahawa Dr Hana telah membawa banyak perubahan positif dalam dirinya sejak mereka mula mengenali satu sama lain.


 

“Berkongsi kenangan yang perlu sahaja untuk perkongsian di sini. Mengenali insan istimewa ini banyak mengubah kehidupan sebelum ini. 

 


“Setiap pengalaman berbeza, yang pasti mematangkan dari yang sebelumnya,” coretnya.


 

Akui diri banyak kekurangan

 


Menerusi hantaran yang sama, Pablo juga mengakui dirinya masih mempunyai banyak kekurangan, namun bersyukur memiliki pasangan yang memahami dan sentiasa menyokongnya.


 

“Diri ini sedar banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Hanya mampu ucap syukur dan menghargai setiap hari,” kongsinya.

 

Terdahulu, Pablo pernah mendedahkan hubungan cintanya bersama Dr Hana telah mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak dan kini mereka sedang merancang untuk membawa hubungan itu ke fasa yang lebih serius.


 


 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved