Pacuan empat roda hilang kawalan rempuh 9 kenderaan berhenti di lampu isyarat

LocalCars
11 Jul 2026 • 11:37 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pacuan empat roda hilang kawalan rempuh 9 kenderaan berhenti di lampu isyarat
Kemalangan membabitkan 10 kenderaan di Lebuh AMJ Cheng pada malam Jumaat.

MELAKA - Bapa dan seorang anak antara yang cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan 10 kenderaan di Lebuh AMJ Cheng pada malam Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kemalangan melibatkan tujuh kereta, sebuah lori, sebuah pacuan empat roda serta sebuah motosikal Honda Dash yang ditunggangi mangsa berusia 39 tahun bersama anak lelakinya berusia 11 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka, Superintenden Muhammad Zaki Ramat berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 29 tahun dari arah Malim menghala ke Cheng dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh beberapa kenderaan yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Menurutnya, motosikal mangsa turut dirempuh dari arah belakang sebelum berlaku pelanggaran melibatkan beberapa kenderaan lain.

"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami patah kaki, manakala anaknya cedera di bahagian kepala dan terpaksa diintubasi.

"Pemandu Toyota Hilux itu pula mengalami kecederaan ringan di bahagian muka. Semua mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, hasil ujian saringan mendapati pemandu Toyota Hilux negatif dadah dan ujian pernafasan alkohol (SD2+).

"Bagaimanapun, sampel darah pemandu telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia Melaka bagi tujuan ujian toksikologi.

"Semua kenderaan yang terlibat akan dihantar ke PUSPAKOM Alor Gajah bagi pemeriksaan lanjut. Polis turut memperoleh rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang memaparkan kejadian dan ia akan dijadikan sebahagian daripada bahan siasatan," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved