“Pada Saya Okay Saja Cantik Berjemaah” - Che Ta

31 Oct 2026 • 1:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

“Pada Saya Okay Saja Cantik Berjemaah” - Che Ta

Pelakon, Rozita Che Wan mengakui dia berasa lebih yakin apabila menggunakan ‘filter’ kerana mahu penampilannya sentiasa kelihatan menarik di hadapan kamera biarpun wajahnya sememangnya sudah cantik Menjawab mengenai penggunaan filter dalam video yang tular ketika berkunjung ke pasar malam, Rozita, 53, berkata dia sekadar menggunakannya untuk kelihatan lebih ‘flawless’. Malah kata Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, penggunaan filter kini sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan ramai. “Apabila kita letak 'effect filter' itu sudah tentu akan ia akan kesan muka orang lain, pada saya okay sahaja cantik berjemaah. “Saya guna filter itu saja-saja sebab nak nampak flawless. Orang lain guna filter boleh tapi saya tak boleh pula,” katanya kepada Gempak.  Mengulas mengenai kunjungannya di pasar malam untuk membeli barangan basah, Che Ta mengakui lebih selesa membeli sendiri barangan dapur, khususnya barangan basah bagi memastikan pilihannya menepati kehendaknya.  Katanya, dia dan suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin mempunyai pembahagian tugas tersendiri apabila melibatkan urusan membeli-belah barangan dapur. “Tak puas (kalau orang lain beli) sebab kalau beli sendiri boleh pilih apa yang dimahukan. Pasar malam yang saya pergi itu ibarat Chow Kit yang mempunyai banyak pilihan yang kita jarang jumpa di pasar biasa. Che

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved