Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun

8 Jul 2026 • 2:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun

image.png

Hanya kerana berang dibunyikan hon, seorang jurujual menerima balasan setimpal apabila dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini. Hukuman itu dijatuhkan selepas dia mengaku bersalah menetak seorang penunggang motosikal di Lebuhraya Persekutuan, Kuala Lumpur, bulan lalu.

Hakim 'Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid memerintahkan tertuduh, Azmi Jantan, 43, menjalani hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh dia ditangkap pada 11 Jun lalu.

Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap seorang lelaki berusia 45 tahun dengan menetaknya menggunakan pisau potong daging iaitu senjata yang boleh menyebabkan kematian.

Timbalan Pendakwa Raya, Amir Saifullah Mohammad Sallehuddin memohon tertuduh dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran serta faktor mangsa mengalami kecederaan kritikal di bahagian organ penting akibat serangan tertuduh.

"Senjata digunakan tertuduh adalah pisau pemotong daging yang boleh membawa maut. Nasib baik mangsa dalam kes ini tidak meninggal dunia.

"Mengambil kira faktor kepentingan awam yang mana kes ini berpunca dari perkara remeh iaitu membunyikan hon di lebuh raya dan perbuatan tertuduh boleh mencetuskan ketakutan kepada pengguna jalan raya lain.

"Mengambil kira pengajaran kepada masyarakat, pendakwaan memohon hukuman berat bagi membendung kes buli jalanan dan amukan melampau di jalan raya," katanya.

SUMBER BERITA HARIAN 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved