Padah Bermulut Celupar Tegur Dada Wanita, Seorang Lelaki Maut

10 May 2023 • 10:28 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
tegur dada wanita

Di Melaka, seorang lelaki meninggal dunia dipercayai akibat ditikam selepas terlibat dalam satu pergaduhan.

Lapor Kosmo!, lelaki yang merupakan pengurus syarikat itu bermulut celupar apabila menegur saiz payudara seorang pelanggan wanita ketika makan di sebuah gerai makan.

image is not available

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Taman Kenanga, Tengkera, Melaka kira-kira jam 4 pagi. Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, mangsa ke gerai makan bersama rakan untuk makan dan minum dalam keadaan mabuk.

Selesai makan, mangsa ada bercakap dengan rakan-rakannya mengenai saiz payudara seorang pelanggan wanita dan perkara itu telah didengari oleh pengawal peribadi wanita terbabit.

Pengawal peribadi wanita itu kemudian menegur sikap mangsa dan berlaku pertengkaran mulut sehingga membawa kepada tumbuk menumbuk.

Mangsa yang cedera telah di bawa ke Hospital Melaka oleh rakannya dikenali sebagai Dass dan Sankar menggunakan kenderaan Ford Ranger.

Dia bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia dan hasil bedah siasat dijalankan mendapati punca kematian adalah luka tikaman di jantung

Ujar Christopher Patit, seramai tujuh suspek telah ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.