“Makin melampau!” – Lelaki Warga Singapura Ditahan, Buang Air Kecil Di Tempat Wuduk Bangunan CIQ

Entertainment
10 May 2023 • 2:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular sebuah video seorang wanita didapati buang air kecil di Bangunan Sultan Iskandar (CIQ), Johor Bahru. Hari ini pula, seorang lelaki warga Singapura berusia 69 tahun ditahan kerana melakukan perkara yang sama di tempat wuduk bangunan yang sama.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat berkata, perbuatan tidak sopan itu dirakam dan videonya tular selepas dimuat naik dalam laman Facebook Team Cougar BSI.

“Polis menerima laporan berkenaan perbuatan jelik itu pada pukul 4.36 petang semalam,” katanya.

Makin kurang ajar puak singapore ni.. nie siap kencing dkt tempak wudhuk.. fuhh.. sabarrrr~

Posted by Team Cougar Bsi on Tuesday, May 9, 2023

Perkongsian video itu menimbulkan kemarahan ramai netizen lebih-lebih lagi, selepas tularnya video seorang wanita melakukan perbuatan kotor itu di tempat yang sama sebelum ini.

Lelaki berkenaan didapati negatif dadah dan tiada mempunyai rekod jenayah lampau, difahamkan dia akan direman mengikut Seksyen 295 kanun keseksaan kerana mencemarkan tempat ibadat, dengan niat untuk menghina mana-mana agama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, Ketua Polis Johor juga menasihati masyarakat supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan suasana tidak baik dan mengganggu ketenteraman awam.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.