Padah buat aksi ‘wheelie’, dua remaja 16 tahun dicekup

28 Nov 2026 • 4:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Padah buat aksi ‘wheelie’, dua remaja 16 tahun dicekup

SEREMBAN – Gara-gara melakukan aksi ‘wheelie’ di jalan raya, dua remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan polis dalam operasi membanteras samseng jalanan di Taman Panchor Jaya, Paroi, di sini semalam.

Kedua-dua remaja itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Seremban ketika Operasi Bersepadu Samseng Jalanan dijalankan dari pukul 5 petang hingga 9 malam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Yatim Osman berkata, kedua-dua suspek dipercayai melakukan aksi berbahaya itu ketika menunggang motosikal di jalan raya.

“Kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda turut disita bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, operasi berkenaan turut menyaksikan polis memeriksa 26 individu dan 16 motosikal.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 68 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tidak mempunyai lesen memandu dan perlindungan insurans, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta pengubahsuaian ekzos, struktur dan peralatan kenderaan.

“Kesalahan berkaitan nombor pendaftaran turut dikesan dalam operasi berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Padah buat aksi ‘wheelie’, dua remaja 16 tahun dicekup appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved