Padah Buli, Pelajar Ini Kena Pukulan KO Dari Anak Iban Di Gelanggang

4 Sep 2023 • 12:10 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Jangan sesekali tidak menghormati orang di jalan” – lelaki Iban

Padah Buli, Pelajar Ini Kena Pukulan KO Dari Anak Iban Di Gelanggang. Seorang pelajar yang juga pembuli jalanan tewas dalam cabaran dalam gelanggang oleh seorang pelajar yang juga peninju dari kaum Iban Sarawak.

Anak Iban tersebut telah menunjukkan kehebatan dan kemahiran kickboxing dalam satu perlawanan yang dianjur oleh kawan pembuli tersebut.

image is not available
Padah Buli, Pelajar Ini Kena Pukulan KO Dari Anak Iban Di Gelanggang

Lagak tunjuk hebat di hadapan pelajar lain, akhirnya tumpas di tangan lawan

Difahamkan bahawa anak Iban tersebut merupakan pelajar di Sri Petaling, Kuala Lumpur. Namun dibuli oleh pelajar dari luar negara yang juga belajar di Sri Petaling dan membuli anak Iban tersebut.

Gara-gara dibuli, kedua-dua individu bersetuju untuk mengadakan satu perlawanan untuk ‘menentukan keunggulan’.

Padah membuli, anak Iban tersebut hanya melepaskan beberapa ‘tumbukan amaran’ terhadap pelajar asing itu, yang akhirnya pihak lawan tumbang dan sedar bahawa dia tidak berpeluang menang.

image is not available

Setelah perlawanan, beliau tidak hanya memenangi cabaran tetapi juga memberikan ‘ceramah’ kepada pelajar asing tersebut tentang kepentingan berkelakuan baik dan menghormati orang lain di tempat awam.

Beliau menggariskan bahawa setiap orang, tanpa mengira asal usul, wajib menghormati budaya dan peraturan tempatan.

Menerusi video tersebut, difahamkan bahawa dirinya dihampiri oleh pelajar asing tersebut dengan cara yang kasar dan mahu berlawan dengan anak Iban tersebut. Pelajar asing ini juga dikatakan ‘kaki minum’ dan ‘pau’ duit pelajar-pelajar lain di Sri Petaling.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: