Padah Cium Pemain Sepanyol, Rubiales Digantung Tiga Tahun

FootballSports
30 Oct 2023 • 9:27 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF), Luis Rubiales digantung tiga tahun daripada membuat sebarang aktiviti berkaitan bola sepak.

Menurut laporan Berita Harian, keputusan tersebut diambil susulan tindakannya yang mencium pemain wanita dari Sepanyol, Jenni Hermoso tanpa rela final Piala Dunia Wanita, Ogos lalu.

Rubiales digantung tiga tahun

image is not available

Sebelum ini, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengarahkan supaya Rubiales digantung selama 90 hari namun ditukarkan kepada tiga tahun.

“Jawatankuasa Disiplin FIFA menggantung bekas Presiden Persatuan Bolasepak Sepanyol (RFEF), Luis Rubiales daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa untuk tiga tahun,” kata badan induk dalam satu kenyataan, hari ini.

image is not available

Terdahulu, Rubiales mencium Hermoso ketika memberikan pingat sebaik sahaja Sepanyol dinobatkan sebagai juara Piala Dunia Wanita.

Bagaimanapun, Hermosa telah mendakwa insiden tersebut berlaku tanpa kerelaannya namun, Rubiales menafikan perkara tersebut malah tidak mahu melepaskan jawatannya.

Pun begitu, FIFA menjalankan siasatan dan pada 10 September, Rubiales meletakkan jawatannya sebagai Presiden RFEF dan juga Naib Presiden Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).

image is not available

View Original Article