Padah Curi Telefon Bimbit Dan Wang Tunai RM25, Penggangur Dipenjara Empat Bulan Di Kuching

3 Oct 2023 • 4:22 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kejadian dikatakan berlaku semasa mangsa sedang tidur

Padah Curi Telefon Bimbit Dan Wang Tunai RM25, Penggangur Dipenjara Empat Bulan Di Kuching. Mahkamah Majistret di Kuching hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat bulan terhadap seorang penganggur berusia 32 tahun kerana mencuri telefon bimbit wanita dan RM25.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan menjatuhkan hukuman itu terhadap Johan Bujang selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

image is not available
Padah Curi Telefon Bimbit Dan Wang Tunai RM25, Penggangur Dipenjara Empat Bulan Di Kuching. Kredit: The Borneo Post

Johan melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Bako Ulu, Jalan Bako di sini kira-kira jam 5.30 pagi pada 29 Sept.

Berdasarkan fakta kes, mangsa yang berusia 32 tahun itu tersedar dari tidur mendapati telefon bimbitnya diletakkan di atas meja di ruang tamu dan wang tunai RM25 di dalam dompetnya hilang.

Walaupun sudah dicari, dia tidak dapat mengesan barang-barang itu dan mengesyaki ia telah pun dicuri. Anggaran kerugian ialah RM700.

image is not available

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis, yang membawa kepada penahanan Johan pada hari yang sama kira-kira jam 11.30 malam.

Siasatan mendapati Johan telah memasuki rumah mangsa melalui pintu hadapan yang tidak berkunci dan mencuri wang tunai serta telefon bimbit.

Insp Merylene Lindan Andrew Mang mendakwa kes itu manakala Johan tidak diwakili peguam bela.

Baca lagi artikel menarik: