Padah Jadi Samseng Jalanan, Polis Kini Buru Suspek ‘Pembuli’ Di Jalan Tabuan TT3

26 Feb 2023 • 11:38 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Suspek kini dalam buruan polis

Padah Jadi Samseng Jalanan, Polis Kini Buru Suspek ‘Pembuli’ Di Jalan Tabuan TT3. Sejak semalam, tular di laman sosial Facebook, rakaman seorang lelaki yang dikatakan berlagak samseng menunggang motosikal secara merbahaya di Jalan Tabuan TT3.

Berikutan kes tersebut, YDH ACP Ahsmon Bajah, Ketua Polis Daerah Kuching telah pun mengeluarkan satu kenyataan media berkenaan ‘Video Tular Di Facebook Menunjukkan Sebuah Motorsikal Melakukan Provokasi Serta Memandu Secara Melulu Sehingga Menyebabkan Halangan Lalulintas Kepada Pengguna Jalan Raya Lain’.

image is not available
Padah Jadi Samseng Jalanan, Polis Kini Buru Suspek ‘Pembuli’ Di Jalan Tabuan TT3. Kredit: Facebook

Video tular sejak semalam

Pada 26 Februari 2023, jam 0900 pagu terima video berdurasi 2.59 minit daripada Facebook orang awam berkenaan kejadian sebuah video memaparkan motosikal dengan nombor motosikal QAB649B yang ditunggang oleh seorang lelaki tidak memakai topi keledar menunggang motosikal secara melulu serta melawan arus jalan dan melakukan provokasi kepada pengguna jalan raya lain.

image is not available

Kejadian dipercayai berlaku pada 25 Februari 2023 jam lebih kurang pukul 3:10 petang di Jalan Tabuan Tranquality. Setakat ini belum ada laporan polis dibuat berkaitan video tersebut.

Pihak polis sedang mengesan penunggang motosikal berkenaan. Kes disiasat dibawah seksyen 42 (1) akta pengangkutan jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya.

Baca lagi artikel menarik: