Padah Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Empat Individu Ditahan Di Kuching

9 Oct 2023 • 8:07 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Empat pemandu mabuk ditahan

Padah Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Empat Individu Ditahan Di Kuching. Empat individu ditahan selepas memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi yang dijalankan di di Kilometer 18 Jalan Kuching Serian, Padawan dan di Jalan Kota Samarahan Expressway, Sabtu lalu.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Sarawak – JSPT berkata, Op Mabuk itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Padawan dan Kota Samarahan.

image is not available
Padah Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Empat Individu Ditahan Di Kuching. Kredit: Borneo Network

“Saringan awal pemeriksaan menggunakan alat SDII+ sebanyak tujuh pemandu telah diuji termasuk BSPTD Padawan lima orang dan BSPTD Kota Samarahan sebanyak dua orang pemandu.

“Seterusnya, bagi ujian pernafasan menggunakan alat EBA II didapati empat pemandu positif kandungan alkohol yang melebihi had yang ditetapkan semasa pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

image is not available

Kes disiasat di bawah Seksyen 45 A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda maksimum , , jika sabit kesalahan.

JSPT Kontinjen Sarawak mengingatkan para pemandu agar mematuhi undang- undang dan peraturan jalan raya berkenaan dengan isu pemandu mabuk.

“Operasi ini juga akan sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa bagi membanteras pemandu mabuk di jalan raya.

Baca lagi artikel menarik:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved