Gagal Dihubungi, Polis Minta Lelaki Hilang Ketika COD iPhone Tampil Bantu Siasatan

9 Oct 2023 • 12:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Baru-baru ini, kecoh dalam kalangan netizen apabila seorang lelaki didakwa hilang selama empat hari selepas melakukan urusan COD telefon bimbit di Pulau Pinang.

Menurut ibu saudaranya, lelaki yang dikenali dengan nama Muhammad Daniel itu dikatakan sempat menghubungi tunangnya dan meminta pertolongan.

Namun, tunangnya tidak sempat berbuat apa-apa kerana telefon bimbit kehabisan bateri. Sejak itu, keluarga Daniel melakukan pelbagai cara untuk cuba mengesan pemuda itu, termasuk berkongsi di laman sosial.

Daniel bagaimanapun dikhabar selamat dan kembali ke pangkuan keluarga menerusi pertolongan seorang pemandu lori. Difahamkan, Daniel mengalami luka-luka pada bahagian muka dan badan.

Susulan daripada itu, pihak polis meminta mangsa tampil membantu siasatan, memandangkan usaha menghubunginya dan tunang gagal.

Memetik Kosmo! Online, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasangan itu diminta untuk datang ke balai polis berdekatan atau menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk membantu siasatan.

Tambah Hussein, buat masa ini, pihak berkuasa cuma dimaklumkan berkaitan kes orang hilang yang dilaporkan di Balai Brickfields dan mangsa sudah kembali kepada keluarganya.

Menurut Hussien lagi, tiada sebarang laporan kejadian samun atau jenayah lain daripada pihak mangsa.

“Polis sedang usaha berhubung dengan mangsa bagi mengetahui kejadian sebenar yang berlaku.

“Jika ada pengesahan daripada mangsa mengenai sebarang perkara jenayah, pihak IPD Klang Selatan akan membuka kertas siasatan,” ujarnya.

Sumber: Kosmo! Online

BACA: Lelaki Tak Pulang-Pulang Lepas COD iPhone Di Pulau Pinang - “VC Tunang Minta Tolong, Tapi…”​

BACA: “Terima Kasih Abang Lori Selamatkan” - Lelaki Hilang COD iPhone Selamat Pulang, Masih Trauma & Cedera Di...​

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved