Padah Pamer Plat “Langek”, JPJ Melaka Tahan Sekumpulan Remaja

20 Nov 2023 • 11:13 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Padah Pamer Plat “Langek”, JPJ Melaka Tahan Sekumpulan Remaja

AYER KEROH — Tindakan sekumpulan remaja bermotosikal mempamerkan nombor pendaftaran yang mengelirukan iaitu “LANGEK” membawa padah apabila ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menurut JPJ Negeri Melaka, penahanan itu dibuat oleh anggotanya sewaktu melakukan rondaan di sekitar kawasan Rehat dan Rawat Jejantas Ayer Keroh hala selatan.

image is not available
Gambar: JPJ Melaka

Hasil pemeriksaan ke atas penunggang motosikal berkenaan turut mendapati dia tiada lesen memandu dan mempunyai kesalahan jalan raya lain seperti pengubahsuaian swingarm, tiada brek belakang dan lain-lain kesalahan teknikal.

image is not available
Gambar: JPJ Melaka

Sehubungan itu JPJ Melaka dalam kenyataan tersebut menasihati masyarakat terutama yang mempunyai anak remaja diingatkan supaya tidak membenarkan anak menunggang motosikal tanpa lesen.

“Pastikan motosikal tidak dilakukan sebarang pengubahsuaian supaya keselamatan pengguna jalan raya yang lain dapat dipelihara dan ketenteraman masyarakat tidak terganggu,” maklum kenyataan tersebut.

Terdahulu, Bernama melaporkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan sebanyak 2,227 notis saman kepada Pemandu Warga Asing (PEWA) khususnya penunggang motosikal sepanjang operasi di Kedah yang bermula 1 November lepas.

Menurut Pengarah JPJ negeri, Aman Shah Hashim, situasi warga asing yang menunggang motosikal disifatkan membimbangkan, meskipun tindakan telah diambil terhadap pemilik kenderaan sebelum ini.

“Notis saman paling tinggi ialah PEWA, jadi kita tak lagi ada toleransi dan sudah ambil tindakan terhadap pemilik dan pemandu kenderaan yang kebanyakannya melibatkan penunggang motosikal. Paling ramai warga Bangladesh, Pakistan, Rohingya dan sedikit India.

“Jadi, pesan saya buat rakyat tempatan, tolong jangan sewakan kenderaan kepada pendatang asing, walaupun dengan alasan untuk mereka pergi bekerja kerana kita tiada kompromi lagi dalam perbuatan ini, saman bukan sahaja kepada pemandu tetapi pemilik kenderaan juga,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menyertai Op Khas Patuh Bersepadu di kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Gurun .