Guna Plat ‘Langek’, Sekumpulan Remaja Ditahan JPJ Melaka Atas Pelbagai Kesalahan Trafik

Entertainment
20 Nov 2023 • 4:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sekumpulan remaja bermotosikal yang telah melakukan pelbagai kesalahan jalan raya baru-baru ini telah ditahan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka (JPJ Melaka).

Menurut laman Facebook rasmi JPJ Melaka, ketiga-tiga remaja terbabit ditahan di sekitar kawasan Rehat & Rawat Jejantas Ayer Keroh Melaka menghala ke Selatan semasa rondaan di lakukan oleh anggota JPJ di kawasan tersebut.

Menurut hantaran JPJ Melaka, mereka pada awalnya ditahan apabila mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan yang mengelirukan serta tidak mengikut spesifikasi dengan bertulis “LANGEK 43100”.

image is not available

Kumpulan remaja itu juga dikesan melakukan pelbagai kesalahan trafik lain seperti tidak mempunyai lesen memandu, pengubahsuaian swingarm, tiada brek belakang dan juga lain-lain kesalahan teknikal.

Dalam masa yang sama, pihak JPJ mengingatkan masyarakat terutama mereka yang mempunyai anak remaja supaya tidak membenarkan anak mereka untuk menunggang motosikal tanpa lesen.

Dalam masa yang sama, motosikal mereka juga perlu dipastikan tidak dilakukan sebarang pengubahsuaian agar keselamatan pengguna jalan raya yang lain boleh dipelihara selain ketenteraman masyarakat tidak terganggu.

JPJ Melaka juga mengingatkan pengguna jalan raya bahawa mempamerkan (atau memasang) nombor plat kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi, kotor, kabur atau fancy adalah salah.

Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dikenakan kompaun atau saman maksimum sehingga RM250 di bawah kaedah-kaedah kenderaan motor (KKKM) 1959.

Sumber : Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.