“Padahal Dia Penyondol Konon Suci..” – Netizen Tuduh Shakilla Khoriri Rampas Suami Orang

EntertainmentLifestyle
19 May 2025 • 11:52 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
shakilla khoriri

Pelakon cantik, Shakilla Khoriri mula hilang sabar apabila dirinya dituduh sebagai perampas suami orang oleh seorang netizen.

Perkara itu berlaku selepas seorang pengguna bernama @aswadnaj88 meninggalkan komen panas mendakwa Shakilla pernah ‘menyondol’ suami rakannya suatu ketika dulu.

Shakilla Khoriri berang dituduh penyondol, minta bukti

Tak berdiam diri, Shakilla terus meminta individu tersebut jawab mesej peribadinya (DM) kerana katanya, dia tak suka sembang kosong tanpa bukti.

image is not available

Menurutnya, banyak benda boleh dikongsikan beserta bukti bukan sekadar tuduh sembarangan.

Dalam satu lagi perkongsian, Shakilla memuat naik paparan skrin yang menunjukkan akaun @aswadnaj88 telah menyekat akaunnya tanpa membelas mesej yang dihantar.

Kita ni DM baik-baik, di blocked nya kita… Ini tak suka berbalas komen dengan manusia serba tahu so I DM. Lebih sopan.

Shakilla juga menyindir individu itu supaya lebih berani dan bertanggungjawab jika benar ada bukti terhadap dakwaan yang dilemparkan.

DM tak dibalas, akaun Shakilla kena block

image is not available

Katanya, kalau benar dia seorang perampas, bersemuka dan buktikan, bukan menyorok di sebalik akaun media sosial.

Pssttt! Alamak kenapa tak respon DM Shakilla tu? Tak baik tau tuduh melulu. Shakilla pun lantang bersuara mestilah beliau yakin beliau tak mencaras suami orang seperti yang didakwa, ye dak?

Kredit: Instagram Shakilla Khoriri
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.