“Padahal tak kelakar pun”- Ibu Bapa Buat Konten Pecahkan Telur Di Kepala Anak Undang Kecaman Netizen

Entertainment
19 Aug 2023 • 12:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau anda merupakan pengguna setia platform media sosial TikTok, mesti anda tahu bahawa di sana, memang ada banyak video-video lucu dan informasi yang boleh kita tonton.

Namun, tak dinafikan ada juga yang sanggup buat video pelik-pelik dan menipu semata-mata untuk tular.

Seperti baru-baru ini, terdapat beberapa orang pengguna TikTok yang telah membuat video mereka memecahkan telur di kepala anak kecil.

Dalam video tersebut, dapat dilihat kanak-kanak tersebut yang juga dipercayai merupakan anak kepada pengguna TikTok itu terkejut dengan tindakan ibu mereka memecahkan telur itu pada kepala mereka.

Dalam video tersebut juga, kanak-kanak tersebut juga terkejut sehingga ada yang segera turun dari kerusi selepas kejadian.

image is not available

Ada juga kanak-kanak dalam video itu yang membalas semula tindakan ibu mereka dengan memecahkan semula telur di kepala ibu mereka.

Namun, tak dinafikan ada juga kanak-kanak yang ketawa selepas telur itu dipecahkan di kepala mereka.

image is not available

Walaupun ada netizen luar negara yang menganggap video tersebut kelakar, namun tindakan tersebut telah dikecam oleh warganet Malaysia.

image is not available

image is not available

Lagi pula, tindakan tersebut dikhuatiri mengajar kanak-kanak bahawa mereka akan membuat perkara yang sama kepada rakan-rakan di sekolah.

Tak pasal-pasal bergaduh pula dengan kawan kalau dorang buat benda yang sama dekat classmates. Macam-macam betul content orang zaman sekarang ni kan.

Sumber: Twitter

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.