Padam foto bertudung, Natasha Hudson kembali tanggal hijab?

EntertainmentLifestyle
21 Oct 2025 • 10:49 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon jelita, Natasha Hudson mencuri perhatian peminat apabila tidak lagi menyiarkan foto-foto berhijab di Instagram.

Memetik laporan Kosmo, Natasha atau nama lengkapnya Natasha Liana Hudson Mohd Redzuan, 43, dilihat berkongsi gambar tidak berhijab semasa melakukan aktiviti sukan pantai dalam Instastory.

Padam foto berhijab

image is not available

Pada Julai lalu, aktres filem Chermin itu dilaporkan kembali berhijab dengan tampil membawa imej muslimah yang lebih sopan.

Dalam pada itu, pemenang anugerah Pelakon Harapan Festival Filem Malaysia ke-20 itu juga sebelum ini dilihat aktif berkongsi tentang aktiviti sehariannya yang menjalani kehidupan cara kampung di Pulau Langkawi.

image is not available

Difahamkan, ini bukan kali pertama Natasha melepaskan hijab, selepas dia pernah bertudung dan pernah juga memakai purdah.

Namun sejak menikah pada tahun 2022, Natasha dilihat aktif melakukan aktiviti sukan luncur bersama suaminya dengan penampilan imej baharu iaitu tidak berhijab.

Sumber: Kosmo (Helmi Anuar)

View Original Article