Padam Gelaran ‘Mrs’ & Foto Bersama, Rumah Tangga Pasangan Selebriti Ini Didakwa Goyah Walaupun Baru 3 Tahun Berkahwin

EntertainmentLifestyle
30 Sep 2025 • 10:58 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan mStar, rumah tangga pasangan selebriti, Deddy Corbuzier dan Sabrina Chairunnisa yang baru dibina selama tiga tahun didakwa kini sedang goyah.

Spekulasi tersebut mula timbul selepas menyedari Sabrina sudah pun memadam gelaran ‘Mrs. Corbuzier’ di bio akaun Instagramnya, serta tidak lagi mengikuti akaun Instagram milik suami.

image is not available

Lebih menguatkan andaian tersebut, wanita terbabit juga dilihat telah memadam semua gambar bersama Deddy dan hanya meninggalkan satu foto bersama iaitu ketika hari perkahwinan mereka.

Susulan itu, ramai yang menanggap Sabrina memberi bayangan bahawa rumah tangganya kini sedang menghadapi masalah tetapi kedua-dua pihak masih mendiamkan diri dan enggan memberi penjelasan mengenai spekulasi ‘panas’ ini.

image is not available

Sekadar info, Deddy dan Sabrina mendirikan rumah tangga pada Jun 2022 selepeas beberapa tahun bercinta tetapi pasangan terbabit belum dikurniakan cahaya mata sendiri.

image is not available 2025-09-30 08:39:46

Penyanyi Lelaki Popular Sah Cerai Talak Satu Januari Lalu

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved