“Padam Semua Gambar Isteri Di IG” – Pelakon Lelaki Kacak Kantoi Mesej L*cah Dengan Wanita Lain

Entertainment
29 Jan 2023 • 9:50 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Memetik Harian Metro, seorang pelakon lelaki kacak berusia 20-an telah kantoi bermesej lucah dengan wanita lain meskipun status dirinya yang masih suami orang dan mempunyai dua orang anak.

Hubungan terlarang itu diketahui setelah isterinya memeriksa mesej di telefon.

image is not available

Sumber : Google  

 

Kecurangan pelakon lelaki yang bakatnya dicungkil menerusi pertandingan pencarian ‘hero’ suatu ketika dahulu itu juga seolah-olah jelas apabila dia dilihat memadam foto isterinya di media sosial.

Hati isterinya yang bukan berstatus selebriti itu juga luluh apabila suaminya yang membawa imej alim itu telah mengalami pelbagai perubahan dari segi perangai dan sebagainya.

image is not available 2 hari lalu

"Perasaan Anak Langsung Tak Hirau" - Bekas Isteri Dakwa Pelawak Dirampas Kakak Penyanyi Terkenal?

Sumber memaklumkan bahawa isteri pelakon lelaki itu hanya mengambil pendekatan berdiam diri kerana status dirinya yang tidak bekerja dan hanya bergantung kepada pendapatan suaminya.

Dikatakan juga pelakon itu sebenarnya sudah mula berkelakuan seperti itu sejak mereka dikurniakan cahaya mata pertama lagi. – Harian Metro