“Padan muka ko Adam” – Suami Puas Hati Tengok Lakonan Ummi Nazeera

Entertainment
4 Aug 2022 • 5:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang kita sedia maklum, drama Risik Pada Hati kini sedang ditayangkan di TV3, kisah di mana Hayfa meminta Adam berkahwin lain dan Adam akhirnya bersetuju menerima Aisya sebagai isteri keduanya. Adam cuba berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Lakonan mantap daripada Alif Satar, Ummi Nazeera dan Zara Zya ini telah memukau hati penonton termasuklah suami kepada pelakon utama, Ummi Nazeera sendiri, Dr Izzar Anwari.

 

“Padan muka ko Adam. Walaupun ko tak faham apa Hayfa rasa, at least ko merasa apa yang aku selalu dok kena”

Menerusi Instagram miliknya, Dr Izzar ada kongsikan satu babak di mana Hayfa (Ummi Nazeera) sedang bertengkar dengan Adam (Alif Satar), babak itu dilihat seperti Hayfa dah hilang sabar dengan Adam.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah membaca caption yang diberikan oleh Dr Izzar. Dia menyatakan rasa puas apabila melihat Adam dimarahi oleh Hayfa, namun sempat berseloroh yang lakonan Ummi memegang watak Hayfa itu dah jadi satu kebiasaan bagi dirinya di rumah.

Namun begitu, Dr Izzar memuji mutu lakonan isterinya itu dan layak mendapat anugerah, malah Dr Izzar turut menyatakan dia ulangi menonton babak ini banyak kali.

Menjengah ke ruangan komen, Ummi Nazeera dilihat ‘geram’ dengan perangai suaminya dan rata-rata netizen terhibur serta turut memuji lakonan Ummi Nazeera itu.

image is not availableimage is not available

Beruntung dapat suami supportive macam ni!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved