Paderi maut dihempap salib

20 Oct 2026 • 12:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Paderi maut dihempap salib

GUAYAQUIL: Seorang paderi di Ecuador meninggal dunia selepas sebuah salib besar yang tergantung di dinding terjatuh dan menghempap belakang kepalanya ketika beliau memimpin Misa yang disiarkan secara langsung pada Sabtu.

Menurut kenyataan Keuskupan Agung Guayaquil, Patricio Alfredo Sánchez Molinari disahkan meninggal dunia pada hari kejadian. 

Beliau berkhidmat sebagai paderi paroki di Gereja Perpetual Relief, di bawah Vikariat Pusat, menurut kenyataan itu.

“Molinari kembali ke Rumah Bapa untuk menikmati kehadiran dan kemuliaannya,” menurut kenyataan media pihak gereja.

Misa berkenaan disiarkan secara langsung, namun rakaman video itu kemudian diturunkan.

Rakaman yang diteliti NBC News menunjukkan salib besar yang tergantung pada dinding di belakang Molinari tiba-tiba terjatuh ke hadapan sebelum menghempap bahagian belakang kepalanya.

Molinari berada di belakang altar menghadap jemaah dan tidak menyedari salib itu terjatuh di belakangnya.

Beliau tidak bangun semula selepas kejadian itu, manakala rakaman video memaparkan jemaah menjerit dan menangis. Beberapa orang turut dilihat bergegas untuk memberikan bantuan.

The post Paderi maut dihempap salib appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved