Paduri Madani: Bantuan Pembiayaan Usahawan Wanita B40

LocalBusiness & Finance
21 May 2026 • 12:40 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Golongan wanita B40 kini mempunyai peluang lebih besar untuk memulakan perniagaan dan menjana pendapatan melalui Skim PADURI MADANI.

Inisiatif yang diumumkan kerajaan ini memberi fokus kepada bantuan pembiayaan serta sokongan kepada usahawan wanita di bandar dan luar bandar bagi membantu meningkatkan ekonomi keluarga dan keluar daripada kemiskinan.

Apa itu Skim Paduri Madani

Skim PADURI MADANI ialah satu inisiatif di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu melahirkan lebih ramai usahawan wanita baharu dalam kalangan golongan B40.

Melalui skim ini, kerajaan menyasarkan seramai 29,000 usahawan wanita baharu dapat dibantu untuk meningkatkan pendapatan serta memperkukuhkan ekonomi keluarga.

Skim PADURI MADANI juga merupakan antara usaha kerajaan untuk membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada wanita yang ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan kecil.

Skim yang bersifat inklusif ini diwujudkan menerusi peruntukan yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 dan selari dengan matlamat penubuhan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), iaitu membantu mengeluarkan keluarga daripada kemiskinan.

Antara kumpulan utama yang disasarkan menerusi Skim PADURI MADANI ialah:

  1. Wanita Melayu
  2. Wanita Cina
  3. Wanita India
  4. Bumiputera Sabah dan Sarawak
  5. Orang Asli
  6. Komuniti Siam
  7. Wanita B40 di kawasan bandar dan luar bandar

Melalui bantuan pembiayaan serta sokongan keusahawanan yang disediakan, skim ini diharap dapat membantu lebih ramai wanita menjana pendapatan sendiri, meningkatkan taraf hidup keluarga dan menjadi usahawan yang berjaya.

Skim Paduri Madani

Matlamat Skim PADURI MADANI

Pelaksanaan Skim PADURI MADANI dilihat sebagai usaha kerajaan untuk memperkukuhkan ekonomi wanita khususnya golongan B40.

Dengan adanya bantuan pembiayaan yang lebih mudah diakses, skim ini diharap mampu membantu lebih ramai wanita menjana pendapatan, meningkatkan taraf hidup keluarga serta menjadi usahawan berjaya.

Selain membantu mengurangkan kadar kemiskinan, skim ini juga dapat membuka peluang ekonomi kepada wanita di seluruh negara tanpa mengira kaum dan lokasi tempat tinggal.

Syarat Kelayakan Skim PADURI MADANI

Antara syarat asas yang dinyatakan bagi skim ini ialah:

  1. Terbuka kepada wanita sahaja
  2. Warganegara Malaysia
  3. Berusia 18 tahun ke atas
  4. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,880 atau per kapita tidak melebihi RM1,470
  5. Taraf bermastautin sekurang-kurangnya 1 tahun
  6. Baru memulakan perniagaan atau sedang menjalankan perniagaan

Proses Menjadi Sahabat Usahawan AIM

  • Terdiri daripada 5 orang ahli dalam satu kumpulan.
  • Perlu menghadiri Kursus Proses Penurunan Kuasa (PPK) selama 3 hari (satu jam bagi setiap sesi).
  • Perlu hadir ke Mesyuarat Pusat setiap minggu.

Keistimewaan Skim PADURI MADANI

Skim PADURI MADANI menawarkan beberapa kelebihan yang memberi peluang kepada lebih ramai wanita mendapatkan pembiayaan walaupun mempunyai kekangan kewangan.

Antara keistimewaan skim ini ialah:

  • Fokus membantu keluarga keluar daripada kemiskinan
  • Terbuka kepada pemohon yang disenarai hitam atau muflis
  • Tidak memerlukan penjamin
  • Tiada cagaran diperlukan

Pendekatan ini memberi peluang kepada golongan yang sukar mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan biasa untuk memulakan perniagaan sendiri.

Image from: Paduri Madani: Bantuan Pembiayaan Usahawan Wanita B40
Paduri Madani

Kategori Pembiayaan Skim PADURI MADANI

Pembiayaan di bawah Skim PADURI MADANI dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu ekonomi dan sosial.

1. Pembiayaan Ekonomi

Jumlah pembiayaan ditawarkan antara RM3,000 sehingga RM30,000.

Antara program di bawah kategori ini ialah:

  • i-Paduri Mesra
  • i-Paduri Srikandi
  • i-Paduri Muda

Kategori ini memberi fokus kepada wanita yang ingin menjalankan atau mengembangkan aktiviti perniagaan dan keusahawanan.

Kategori PembiayaanHad Biaya (RM)Tempoh Bayar Balik (Mingguan)
i-Paduri MesraRM5,000 (maksimum)12, 25, 35, 50
i-Paduri MesraRM5,001 – RM10,00012, 25, 35, 50, 75, 100
i-Paduri SrikandiRM10,001 – RM30,00012, 25, 35, 50, 75, 100, 125, 150
i-Paduri MudaRM5,000 (maksimum)12, 25, 35, 50
i-Paduri MudaRM5,001 – RM10,00012, 25, 35, 50, 75, 100
i-Paduri MudaRM10,001 – RM30,00012, 25, 35, 50, 75, 100, 125, 150

2. Pembiayaan Sosial

Kategori sosial menawarkan pembiayaan maksimum sehingga RM15,000.

Antara program yang ditawarkan ialah:

  • i-Paduri Wibawa
  • i-Paduri Sejahtera
  • i-Paduri Bestari
  • i-Paduri Penyayang

Pembiayaan sosial ini lebih tertumpu kepada bantuan berkaitan kesejahteraan hidup dan sokongan sosial kepada wanita serta keluarga.

Kategori PembiayaanHad Biaya (RM)Tempoh Bayar Balik (Mingguan)
i-Paduri WibawaRM15,000 (maksimum)12, 25 minggu atau setiap bulan selama 6 bulan atau sekaligus
i-Paduri SejahteraRM5,000 (maksimum)12, 25, 35, 50
i-Paduri SejahteraRM5,001 – RM15,00012, 25, 35, 50, 75, 100
i-Paduri BestariRM1,000 – RM3,00012, 25, 35, 50
i-Paduri BestariRM3,001 – RM5,00012, 25, 35, 50, 75, 100
i-Paduri PenyayangRM1,000 – RM3,00012, 25, 35, 50
i-Paduri PenyayangRM3,001 – RM5,00012, 25, 35, 50, 75, 100

Tempoh Proses Permohonan

  1. Setiap permohonan yang lengkap, AKAN MENGAMBIL MASA SELEWAT-LEWATNYA 16 HARI BEKERJA DARI TARIKH PERMOHONAN.
  2. Bayaran balik bermula selepas 2 minggu penerimaan pembiayaan.

Kaedah Pembayaran Balik Pembiayaan

  1. Menggunakan CMCCS dalam aplikasi Sahabat Super Apps dari “Google Play” atau “App Store”.
  2. Menggunakan terminal e-pay yang disediakan di Mesyuarat Pusat (MP).
  3. Bayaran balik adalah secara mingguan.

Cara Mohon Skim Paduri Madani

Berminat untuk memohon? Layari www.aim.gov.my atau hadir ke cawangan AIM berhampiran anda sekarang.

  • Pulau Pinang & Perlis: 04-6881000
  • Selangor & Kuala Lumpur: 03-38681883
  • Pahang: 09-2631980
  • Sabah: 088-625600
  • Kedah: 04-4521980
  • Negeri Sembilan & Melaka: 06-8503100
  • Terengganu: 09-6600000
  • Sarawak: 082-407000
  • Perak: 05-6181980
  • Johor: 07-4481980
  • Kelantan: 09-7991013

Ibu Pejabat:

  • 03 – 3868 1987 / 03 – 3868 1762

Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan skim ini melalui Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Image from: Paduri Madani: Bantuan Pembiayaan Usahawan Wanita B40

Soalan Lazim Skim Paduri Madani

Apa itu Skim PADURI MADANI?

Skim pembiayaan di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang diperkenalkan bagi membantu memperkasa usahawan wanita terutama daripada golongan B40.

Apakah matlamat utama Skim PADURI MADANI?

Matlamat utama skim ini ialah membantu keluarga keluar daripada kemiskinan dengan melahirkan lebih ramai usahawan wanita di Malaysia.

Berapa sasaran usahawan wanita di bawah skim ini?

Menyasarkan seramai 29,000 usahawan wanita warganegara Malaysia.

Siapa yang layak memohon Skim PADURI MADANI?

Skim ini terbuka kepada wanita warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas daripada golongan B40 di bandar dan luar bandar.

Apakah syarat pendapatan bagi permohonan?

Pendapatan isi rumah bulanan mestilah maksimum RM5,880 manakala pendapatan per kapita maksimum RM1,470.

Adakah skim ini terbuka kepada pemohon muflis atau disenarai hitam?

Ya. Antara keistimewaan skim ini ialah ia terbuka kepada pemohon yang disenarai hitam atau muflis.

Adakah Skim PADURI MADANI memerlukan penjamin?

Tidak. Skim ini tidak memerlukan penjamin.

Adakah pemohon perlu menyediakan cagaran?

Skim ini tidak memerlukan cagaran.

Berapakah jumlah pembiayaan yang ditawarkan?

Jumlah pembiayaan bergantung kepada kategori:

Pembiayaan ekonomi: RM3,000 hingga RM30,000
Pembiayaan sosial: maksimum RM15,000

Apakah kategori pembiayaan ekonomi yang ditawarkan?

Antara kategori pembiayaan ekonomi ialah:

i-Paduri Mesra
i-Paduri Srikandi
i-Paduri Muda

Apakah kategori pembiayaan sosial yang ditawarkan?

Antara kategori pembiayaan sosial ialah:

i-Paduri Wibawa
i-Paduri Sejahtera
i-Paduri Bestari
i-Paduri Penyayang

Adakah skim ini hanya untuk wanita di bandar?

Tidak. Ia terbuka kepada wanita di bandar dan juga luar bandar.

Bagaimana cara memohon Skim PADURI MADANI?

Layari www.aim.gov.my atau hadir ke cawangan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berhampiran anda.

Baca juga: