Pagalungan miliki potensi pelancongan menarik: Adun

LocalTravel
15 Feb 2025 • 2:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

NABAWAN: Daerah Kecil Pagalungan mempunyai potensi pelancongan yang menarik, terutama bagi mereka yang mencari pengalaman alam semula jadi dan budaya masyarakat di kawasan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, Pagalungan mempunyai alam semula jadi yang menarik yang dikelilingi oleh hutan hujan tropika yang kaya flora dan fauna.

AdvertisementKatanya, hutan di sekitarnya adalah destinasi yang sesuai untuk aktiviti seperti trekking, ‘bird watching’ dan eksplorasi alam.

“Selain itu, di sini turut terdapat beberapa sungai dan air terjun yang indah, sesuai untuk aktiviti berkelah, mandi-manda, dan fotografi.