Pahang Akan Bangunkan Pusat Data AI Untuk Produk Pertanian

TechnologyDigital
17 Jan 2025 • 4:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerjaan negeri Pahang mempunyai perancangan ke arah pembangunan Artificial Intelligence Data Center (AIDC). Ia diumumkan Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail melalui kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

image is not available

Merujuk kepada kenyataan tersebut, pusat itu dibangunkan supaya ia dapat menjadi satu platform baharu perniagaan secara dalam talian berasaskan produk pertanian. Projek menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang PKNP) itu juga akan memanfaatkan teknologi pengkomputeran awan dan teknologi kecerdasan buatan (AI) melalui pembangunan pusat data pengkomputeran pintar berskala besar serantau serta menggalakkan pembangunan industri digital negara.

image is not available

Pada masa yang sama, dapat membantu usahawan dalam memasarkan produk pertanian mereka dan seterusnya merancakkan lagi ekonomi negeri Pahang. Projek itu dijangka akan mula dilaksanakan pada Januari 2026 akan datang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved