Pahang sasar 35 emas dalam SUKMA

28 Jul 2026 • 8:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pahang sasar 35 emas dalam SUKMA
Tengku Muhammad (tengah) merasmikan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Pahang ke SUKMA dan Para SUKMA di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini pada Selasa
Image from: Pahang sasar 35 emas dalam SUKMA
Atlet pahang merakamkan gambar bersama Tengku Muhammad selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Pahang ke SUKMA dan Para SUKMA di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini pada Selasa.

KONTINJEN Sukan Malaysia (SUKMA) Pahang menyasarkan kutipan 35 pingat emas pada temasya SUKMA Selangor 2026, manakala kontinjen Para SUKMA pula memburu 15 pingat emas dalam saingan yang berlangsung pada Ogos dan September depan.

Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, sasaran itu ditetapkan berdasarkan potensi dan prestasi atlet negeri pada ketika ini.

"Kontinjen Pahang kali ini diwakili 737 atlet membabitkan 397 lelaki dan 340 wanita yang akan memberi tumpuan kepada acara berpotensi menyumbang pingat emas.

"Kita juga mempertaruhkan 75 atlet membabitkan 49 lelaki dan 26 wanita pada Para SUKMA Selangor 2026 yang berlangsung dari 5 hingga 10 September depan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Pahang ke SUKMA dan Para SUKMA di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini pada Selasa.

Majlis itu disempurnakan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Fadzli memberitahu, kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM12 juta bagi persiapan kontinjen SUKMA dan Para SUKMA kali ini.

"Kontinjen kita lebih besar kali ini dan pertama kali SUKMA tidak mempunyai perkampungan sukan, jadi kita perlu menanggung kos penginapan, pengangkutan serta makan minum.

"Alhamdulillah, menjelang temasya yang berbaki kira-kira 18 hari lagi, kita berjaya memperoleh peruntukan tambahan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail yang cukup prihatin terhadap keperluan atlet-atlet kita," jelasnya.

**media[3597834]**

Mengulas peluang kutipan pingat, Fadzli berkata, acara menembak menjadi antara sandaran utama Pahang selepas mencatat pencapaian membanggakan pada SUKMA lalu.

Katanya, selain menembak, Pahang turut melihat potensi menerusi beberapa acara lain seperti angkat berat, silat, memanah, judo, karate, taekwondo dan olahraga.

"Dalam SUKMA yang lepas, kita berjaya memperoleh 12 pingat emas bagi acara menembak dan kali ini kita mahu mengekalkan kejayaan tersebut atau mencapai pencapaian lebih baik.

"Kita nampak peluang-peluang baharu untuk emas, sebab itu kita menyasarkan 35 pingat emas kali ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri mengekalkan ganjaran RM6,000 bagi pemenang pingat emas individu SUKMA seperti yang diberikan pada temasya di Sarawak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved