Pahang tidak lantik ejen urus pemberimilikan tanah tegas - Wan Rosdy

LocalPolitics
30 Jul 2026 • 10:56 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pahang tidak lantik ejen urus pemberimilikan tanah tegas - Wan Rosdy
Wan Rosdy

KUANTAN - Kerajaan Pahang menegaskan tidak pernah melantik mana-mana individu, ejen atau syarikat untuk menjalankan urusan pemberimilikan tanah kerajaan di luar prosedur yang ditetapkan undang-undang.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penegasan itu dibuat susulan pengesanan satu sindiket penipuan urusan permohonan tanah di daerah Bentong yang melibatkan tanah milik kerajaan negeri.

Menurutnya, sindiket terbabit menawarkan urusan pemberimilikan tanah dengan meminta orang ramai membuat bayaran serta menandatangani dokumen sebelum proses pemberimilikan dilakukan.

"Kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan memperdaya rakyat atau menyalahgunakan nama kerajaan negeri dan tindakan undang-undang yang tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sehubungan itu, Wan Rosdy menasihatkan orang supaya tidak membuat sebarang bayaran, men menandatangani dokumen atau melakukan apa-apa urusan berkaitan tanah tanpa terlebih dahulu.

Tegas beliau, sebaliknya perlu mendapatkan pengesahan daripada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang atau Pejabat Daerah dan Tanah yang berkenaan.

Menurutnya, orang ramai yang merasakan diri mereka menjadi mangsa penipuan diminta membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

"Kerajaan negeri kekal komited memastikan setiap urusan pentadbiran tanah dilaksanakan secara telus, berintegriti dan mematuhi undang-undang.

"Semak dahulu, jangan mudah percaya dan jangan sesekali menjadi mangsa penipuan," katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved