Pahang4Palestine: 165 keluarga di Kem Nuseirat terima juadah iftar

6 Mar 2026 • 9:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sukarelawan menyediakan juadah iftar kepada 165 keluarga di Kem Nuseirat, Gaza. Foto FB Wan Rosdy
image is not available
Juadah berbuka yang disediakan merupakan nasi bersama ayam goreng untuk diagihkan kepada penduduk di Kem Nuseirat. Foto FB Wan Rosdy
image is not available
Sumbangan juadah iftar daripada kerajaan Pahang menerusi Pahang4Palestine berjaya disampaikan kepada 165 keluarga di Kem Nuseirat, Gaza pada minggu pertama Ramadan. Foto FB Wan Rosdy

KUANTAN – Keperitan hidup yang dilalui penduduk Palestin di Semenanjung Gaza terus mendapat perhatian apabila kerajaan negeri Pahang menerusi inisiatif Pahang4Palestine menyalurkan sumbangan juadah iftar kepada penduduk di Kem Nuseirat.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan juadah iftar tersebut berjaya disampaikan kepada 165 keluarga di kem berkenaan pada minggu pertama Ramadan.

**media[3455394]**

"Pada kali ini, juadah berbuka yang disediakan merupakan nasi bersama ayam goreng.

"Terima kasih kepada para sukarelawan yang telah bertungkus-lumus menyediakan serta mengagihkan juadah ini kepada keluarga-keluarga di sana," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat

**media[3455395]**

Wan Rosdy memberitahu, walaupun sumbangan yang diberikan mungkin kelihatan kecil, ia membawa makna besar kepada mereka yang sedang berdepan kesukaran hidup.

“Semoga setiap suapan yang dinikmati menjadi saksi kasih, tanda solidariti dan doa yang tidak pernah putus daripada rakyat Pahang buat saudara-saudara kita di Gaza yang dihimpit kesukaran hidup,” ujarnya.