Paip terputus, tiga kawasan di Dungun alami gangguan air

18 Jan 2023 • 9:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan paip yang terputus di Jambatan Paka, di Dungun semasa proses pembaikian struktur sokongan paip berkenaan. - Foto ihsan Facebook Dr Mamad Puteh

KUALA TERENGGANU - Tiga kawasan utama di Dungun iaitu Bandar Paka, Ketengah Jaya serta Felda Kerteh 2 dan 3 dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran insiden paip terputus di Sungai Paka, di daerah berkenaan pada Rabu.

Syarikat Air Terengganu (SATU) dalam kenyataan berkata, keadaan itu berlaku berikutan dua paip utama berukuran 700 milimeter (mm) yang menyalurkan air dari Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Bauk ke Bandar Paka terputus semasa proses pembaikian struktur sokongan paip berkenaan.

"SATU telah mengambil langkah segera untuk mengurangkan impak gangguan bekalan dengan menampung keperluan bekalan air di Bandar Paka dengan bekalan dari LRA Kemudi.

"Keperluan ke kawasan Ketengah Jaya dan serta Felda Kerteh 2 dan 3 akan dibantu dengan bantuan lori tangki," kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan tersebut, kerja-kerja pembaikian paip dijangka memakan masa selama tujuh hari.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut memberitahu, bantuan alternatif menerusi lori tangki statik telah digerakkan ke kawasan yang dijangka terlibat dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal.

"Pihak SATU akan memaklumkan perkembangan lanjut situasi itu dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi SATU di Facebook, instagram atau hubungi 1300-88-2111 untuk pertanyaan dan aduan," jelas kenyataan itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved