“Pak guard borak dengan siapa?” – Kecoh Video ‘Pesakit’ Singgah Di Hospital, Walhal Baru Meninggal Semalam

Entertainment
26 Nov 2022 • 4:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular sebuah video seram yang memperlihatkan satu kejadian aneh di sebuah hospital di Argentina. Menerusi video berdurasi selama 37 saat itu, seorang pengawal keselamatan dilihat sedang melayani ‘pesakit’ di kaunter pendaftaran.

Video tersebut dimulakan dengan pintu automatik hospital yang terbuka pada awal pagi, mendorong seorang pengawal keselamatan bangun dari kerusi untuk melayani ‘pesakit’ tersebut.

image is not available

image is not available

Pengawal keselamatan yang tidak didedahkan nama itu kemudiannya membuka tali penghadang untuk memberi laluan kepada ‘pesakit’ tersebut. Lalu, dia menulis sesuatu di atas kertas seolah-olah sedang mendaftarkan nama ‘pesakit’ itu.

Video tersebut bertambah mengelirukan apabila pengawal keselamatan dilihat berbual dan sempat menunjukkan arah hospital kepada ‘pesakit’ yang tidak kelihatan itu. Pengawal keselamatan itu turut memberikan kerusi roda seolah-olah sedang berborak dengan pesakit yang sebenar.

image is not available

Pihak hospital beri penjelasan

Bagaimanapun, pengarah perhubungan media hospital, Guillermo Capuya, menjelaskan kekeliruan ini dalam satu kenyataan. Jelas beliau, pintu masuk hospital itu mengalami masalah, yang menyebabkan ia terbuka 28 kali dalam tempoh 10 jam.

Capuya turut berkata tingkah laku aneh pengawal keselamatan yang dirakamkan pada kamera litar tertutup mungkin merupakan perbuatan gurauan.

“Saya tidak tahu dia nak buat lawak atau apa, tetapi ia menjadi viral. Apa yang saya tidak percaya ialah kewujudan hantu”, Capuya.

Beliau menambah, pengawal keselamatan itu mungkin diupah oleh pihak luar untuk tujuan peribadi. Malah, pengawal keselamatan juga didapati tidak pernah mendaftarkan mana-mana nama pada ketika itu.

“Mereka mengatakan bahawa pengawal keselamatan mendaftarkan seseorang yang telah meninggal dunia, dan itu tidak benar,” ujar Capuya kepada sumber.

Kredit: Daily Mail

image is not available

Sumber: Daily Mail Sumber: Daily Mail Sumber: Daily Mail

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.