Pak Lah Dalam Kenangan, Ubah ‘Pekan Koboi’ Kepala Batas Kepada Bandar Maju

LocalPolitics
15 Apr 2025 • 9:21 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Legasi dan sumbangan besar Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi terus terpahat dalam ingatan rakyat, khususnya kejayaan beliau mengubah wajah pekan kecil Kepala Batas menjadi sebuah bandar yang moden dan maju.

Pengerusi Kariah Masjid Al Jamiul Badawi, Datuk Shariful Azhar Othman berkata ketika ditemui Kosmo Online, kemajuan pesat yang dinikmati hari ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk setempat, malah turut mencerminkan perancangan pembangunan yang tersusun lengkap dengan pelbagai kemudahan serta infrastruktur untuk kegunaan komuniti.

image is not available

Apabila Pak Lah menjadi Timbalan Perdana Menteri, penduduk merasai kemakmuran dan selepas beliau memegang jawatan Perdana Menteri, kita boleh tengok Kepala Batas berubah dari sebuah pekan koboi menjadi sebuah bandar.

Kita telahpun menikmati jasa daripada Pak Lah yang bukan sahaja memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas sebanyak tujuh penggal malah menjadi Perdana Menteri 2003 hingga 2009.

Beliau turut memaklumkan bahawa satu majlis tahlil dan bacaan Yasin akan diadakan dalam masa terdekat bagi mengenang jasa Allahyarham.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Mohamad Saleh Rashid, 72, turut meluahkan rasa kagum terhadap kepimpinan dan kebijaksanaan Allahyarham dalam membangunkan kawasan Permatang Bertam.

Menurut beliau, meskipun pembangunan giat dijalankan di sekitar Bertam Perdana, Allahyarham tetap menitikberatkan kelestarian identiti dan suasana asal kampung tersebut agar kekal terpelihara.

Pembangunan yang dibawa Allahyarham tidak mengabaikan nilai tradisi. Beliau bijak menyeimbangkan antara kemajuan dan warisan kampung.

Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan impak besar bukan hanya kepada kawasan yang diwakilinya, tetapi juga dalam lanskap politik dan pentadbiran negara sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri dari tahun 2003 hingga 2009.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 19 hours ago

(TAKZIAH) PM Ke-5 Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia Di Usia 85 Tahun

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved