Pak Lah dimasukkan ke IJN, alami ‘small spontaneous pneumothorax’

LocalPolitics
25 Apr 2024 • 2:10 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam kerana mengalami small spontaneous pneumothorax.

Perkara itu dinyatakan menantunya, Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di Instagram.

Pneumothorax adalah pengumpulan udara atau gas di bahagian rongga di antara paru-paru dan dinding dada.

Menurut Khairy, Abdullah atau Pak Lah berada dalam keadaan stabil dan masih ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN untuk pemantauan doktor.

“Alhamdulillah, beliau berada dalam keadaan baik namun memerlukan rehat yang secukupnya.

“Saya mewakili seluruh ahli keluarga amat menghargai doa serta kata-kata semangat yang dititipkan buat beliau tetapi pihak IJN menasihatkan agar beliau tidak menerima pelawat buat masa ini,” katanya.

Pada 2022, Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan memberitahu, Pak Lah menderita penyakit demensia yang menyebabkan kesihatannya semakin merosot dan sukar untuk mengingati sesiapa, termasuk ahli keluarga terdekat.

Menurutnya, adalah sesuatu yang mencabar untuk ahli keluarga melihat situasi Pak Lah yang berdepan dengan kemerosotan dalam fungsi kognitifnya. - 25 April, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved