Pakai baju nampak bulu ketiak, anggota Alpha jadi perhatian – “Ingat seksi ke?”

EntertainmentLifestyle
31 Dec 2025 • 3:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penampilan anggota kumpulan Alpha, Ariel Fesol dikecam netizen apabila penampilannya menimbulkan rasa kurang senang peminat sewaktu menghadiri sesi latihan Konsert Countdown KITA 2026 di IOI City Mall Putrajaya pada Selasa.

Nampak bulu ketiak

image is not available

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Muhamad Fhazrill Fesol, 27, menyanyikan sebuah lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Hael Husaini dengan berpakaian baju tanpa lengan sekali gus mencetuskan kontroversi di ruangan komen.

image is not available

Sehubungan itu, ramai yang mengatakan penampilannya tidak bersesuaian lebih-lebih lagi apabila ia memperlihatkan bahagian ketiaknya yang dipenuhi bulu.

Video berdurasi 33 saat itu mengundang pelbagai reaksi negatif apabila penyanyi itu dipercayai tidak mencukur bulu ketiak dengan rapi.

Meninjau ke ruangan komen, warganet meluahkan rasa loya kerana menganggap penyanyi itu tidak pandai menjaga kebersihan diri dan penampilan kumpulan itu tidak bersesuaian dengan identiti yang dibawa oleh mereka.

Malah ada juga wargamaya yang memberikan nasihat dan berkongsi tip penjagaan diri supaya tampil lebih bersih dan terurus.

Kebersihan kena jaga

image is not available

Menjulor keluar kata orang Perak

image is not available

Ingat seksi ke

image is not available

Artikel lain: Tayang bulu dada & ketiak, Naufal Azrin anggap cuma ‘metafora’ persembahan

Sekadar info, kumpulan Alpha ialah sebuah boy group baharu dari Malaysia yang dibentuk daripada tujuh finalis program realiti Big Stage Alpha (BSA) di Astro, dengan identiti gabungan M-Pop moden dan K-Pop.

Anggotanya terdiri daripada Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol (juara BSA), Ray-D (naib juara BSA), Daniel Sher, Araff, dan Afiq Sky, di bawah naungan Rocketfuel Entertainmen.

Sumber: Threads sepitsiput

View Original Article