Pakai Busana Tradisional Ketika Ditemu Bual, Ramai Yang Cair Lihat Jojo Ghazali Segak Berbaju Melayu

6 Jun 2024 • 10:54 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Jaguh muay thai negara dan bintang One Championship, Jojo Ghazali menarik perhatian netizen selepas muncul dalam satu temu bual dengan memakai baju melayu.

 

Segak berbaju melayu

Jojo atau nama sebenarnya Muhamad Johan Ghazali Zulfikar tampak segak menyarungkan busana baju Melayu dalam sesi media menjelang pertarungan ONE 167 yang bakal berlangsung pada Sabtu ini.

Difahamkan, Jojo akan mula kembali ke gelanggang One Championship bermula Khamis.

Sementara itu, komen-komen yang diberikan netizen terhadap pernampilan Jojo juga positif selain ramai mendoakan agar bintang muda ini memenangi perlawanan tersebut.

Antara komen yang diterima adalah:

“Terbaik Jojo, berbaju melayu, semangat juang yang tinggi, good luck Jojo”

“Jojo insya-Allah dikurniakan kemenangan bergaya sebagaimana penampilan gagah dia,”

“Jojo memang bijak bawa diri dan promosikan diri serta negara. Tahniah Jojo,”

Jojo yang mewakili Rentap Muay Thai Gym itu akan membuat perhitungan dengan juara WMF Muay Thai lima kali dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat, dalam pertarungan di Impact Arena, Bangkok, Thailand.

 

Pertarungan kali ini menawarkan bonus prestasi sebanyak AS$50,000 (RM235,332.68) kepada pemenang andai melepasi syarat ditetapkan.

Untuk rekod, kali terakhir Jojo bertarung adalah pada 8 Disember tahun lalu.

Petarung yang berasal dari Sarawak ini menjadi sensasi selepas menumbangkan juara Muay Thai Antarabangsa WBC dari Mexico, Edgar Tabares dalam penampilan sulung aksi Primetime US, ONE Championship.

Dia mencipta sejarah apabila menumbangkan Edgar Tabares dengan tumbukan padu dalam tempoh 36 saat pertarungan bermula!

Pada Oktober tahun lalu, Johan kemudiannya mencipta sejarah apabila menjadi atlet tempur termuda memperoleh kontrak One Championship bernilai AS$100,000 (RM463,300).

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.