KERAP PAKAI EARBUDS, TAHI TELINGA JADI MAKIN BANYAK?
Seorang followers PHM bertanya, kenapa sejak kerap menggunakan earbuds untuk mendengar lagu, tahi telinga terasa lebih cepat terkumpul?
Menariknya, memang ada penjelasan dari sudut fisiologi.
Tahi telinga atau cerumen sebenarnya dihasilkan untuk melindungi saluran telinga daripada habuk, kotoran dan mikroorganisma.
Dalam keadaan normal, tahi telinga akan bergerak keluar secara semula jadi melalui pergerakan kulit saluran telinga, dibantu pergerakan rahang ketika mengunyah dan bercakap.
Jadi, apa berlaku apabila kita kerap memakai earbuds?
Menghalang proses pembersihan semula jadi. Earbuds yang masuk ke dalam saluran telinga boleh mengganggu pergerakan tahi telinga ke luar.
Menolak tahi telinga lebih dalam. Perbuatan memasukkan earbuds berulang kali boleh menyebabkan tahi telinga terkumpul dan menjadi padat (cerumen impaction).
Iritasi saluran telinga. Geseran dan penggunaan berpanjangan boleh menyebabkan ketidakselesaan atau keradangan, terutama jika earbuds tidak bersih.
Tetapi adakah earbuds menyebabkan telinga menghasilkan lebih banyak tahi telinga?
Belum ada bukti kukuh bahawa ia berlaku kepada semua pengguna. Malah, satu kajian kecil pada 2021 tidak menemui hubungan signifikan antara penggunaan earphone dengan tahap sumbatan tahi telinga.
Jadi, masalahnya mungkin bukan kerana tahi telinga dihasilkan lebih banyak, tetapi kerana ia sukar keluar.
Apa yang boleh dilakukan?
Bersihkan earbuds secara berkala, elakkan pemakaian terlalu lama tanpa rehat dan jangan korek telinga menggunakan cotton bud.
Jika telinga terasa tersumbat, sakit, berdengung atau pendengaran berkurangan, dapatkan pemeriksaan.
Ingat, tahi telinga bukan kotoran yang wajib dibuang. Ia sebahagian daripada sistem perlindungan semula jadi telinga kita.
Public Health Malaysia
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
