Pakai gaun terdedah dada, Ruhainies dikecam netizen -“Baru balik umrah”

Entertainment
24 May 2024 • 4:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pelakon sensasi, Ruhainies sekali lagi jadi bahan kecaman ramai apabila tularnya sebuah video yang memaparkan dia memakai gaun yang mencolok mata.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan aktres yang berusia 32 tahun itu mengenakan gaun berbulu tanpa lengan sehingga menampakkan bahagian bahagian dada dan bahunya.

Ruhainies dikecam netizen

Dalam video tersebut, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas membuat beberapa gaya sambil diiringi muzik latar berjudul ‘Pretty’.

Ruhainies dikecam netizen

image is not available

Bukan ke baru balik umrah?

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kecam penampilan yang digayakan oleh aktres tersebut yang dianggap begitu seksi tambahan pula dia baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah.

image is not available image is not available image is not available

Sebab itulah kena betulkan semula niat

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen menitipkan nasihat kepada Ruhainies supaya sentiasa membetulkan niatnya ketika beribadah kepada Allah dan mendoakan agar dia kembali ke jalan benar.

image is not available

Terdahulu, nama Ruhainies jadi bualan hangat ramai apabila dia jalin hubungan cinta bersama aktor Aliff Aziz yang juga merupakan suami kepada pelakon Bella Astillah.

Sumber: TikTok @Shanell Harun