Pakai jubah graduasi, netizen hairan Cik B dah konvo? – “Ada duit, semua boleh jadi”

LocalEntertainment
13 Jan 2025 • 2:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Cik B dah konvo

Netizen luah rasa hairan Cik B dah konvo selepas anak kepada usahawan popular iaitu Datuk Seri Vida dilihat memakai jubah konvokesyen bersama topinya.

Menerusi satu hantaran di TikTok, cikbsalmonofficial telah memuat naik satu video memaparkan Cik B bersama Vida di hadapan sebuah menara jam di Sepanyol.

Netizen hairan Cik B dah konvo

@cikbsalmonofficial

korang yang nak pegi jauh2 tu jangan lupa bawak buku merah..kalau boleh bawak yang besar mcm cikb pegang baru org bukak mata luas sikitkalau tidak asyik kena kecam je#fypシ゚viral #cikbhavoc #viraltiktok #masukberandafyp #pageforyou #viral #pageforyou_ #salmonskinsaltedegg

♬ original sound - ticæ - ticæ

Pada video itu juga, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamillen Muhammad Aiman juga sedang memegang skrol berwarna merah dan bergambar bersama ibunya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa terkejut apabila melihat Cik B yang sudah memakai jubah konvokesyen walaupun baru sahaja memulakan pengajian sekitar Oktober lalu.

Eh, dah convo?

image is not available

Cepatnya konvo, rasa baru je belajar

image is not available

Cik B dah graduasi, kami yang dah lama belajar tak konvo lagi

image is not available

Cik B dah konvo, macam pelik je

image is not available

Dalam pada itu, ramai warganet juga yang mendakwa Cik B dapat bergraduasi dengan cepat hanya kerana keluarganya mempunyai wang yang banyak.

Sedia duit je

image is not available

Kalau ada duit, boleh beli masa

image is not available

Ada duit, jimat masa dan ruang otak

image is not available

Terdapat juga beberapa netizen yang berkata Cik B hanya mengambil kursus pendek yang memakan masa paling lama tiga bulan sahaja.

Haritu awal2 Cik B bagitahu kursus pendek je

image is not available

Kursus pendek, biasa la

image is not available

Ni macam kursus pendek je

image is not available

Bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan dari Vida mahupun Cik B sama ada dia benar-benar telah bergraduasi atau hanya sekadar memakai jubah tersebut.

Terdahulu, Vida memaklumkan bahawa anak perempuannya itu akan menyambung pengajian dalam tiga jurusan berbeza di sebuah kolej terletak di Barcelona, Sepanyol.

image is not available

Menurutnya, Cik B mengambil jurusan Bahasa Sepanyol, perniagaan dan kulinari di kolej tersebut dan bakal menamatkan pengajian dalam tempoh setahun sebelum menyambung pengajian ijazah sarjana.

Sumber: TikTok cikbsalmonofficial