“Siap mak boleh ada kat sebelah” – Netizen Pelik Lihat DSV ‘Join’ Cik B Buat ‘Presentation’ Dalam Kelas

Entertainment
6 Jan 2025 • 1:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rasanya ramai yang sedia maklum, anak kepada usahawan Dato’ Seri Vida (DSV), Cik B kini sedang melanjutkan pelajaran di Sepanyol dalam bidang perniagaan.

Baru-baru ini, usahawan tersebut memuat naik video memaparkan Cik B sedang membuat pembentangan di dalam kelas.

Namun apa yang membuatkan ramai tertarik adalah apabila DSV sendiri dilihat hadir dalam sesi pembentangan itu memerhati Cik B.

Dalam video berkenaan, Cik B dilihat membentang topik berkaitan syarikat pakaian Nike dalam Bahasa Inggeris di hadapan kelas. Malah pensyarahnya juga dilihat memuji pembentangan Cik B di akhir kelas yang dikatakan sangat bagus.

Dalam satu video lain, dapat dilihat DSV juga turut sama melakukan pembentangan dalam Bahasa Inggeris sambil diperhatikan oleh dua orang pensyarah yang mengajar Cik B.

@quputehtomatohq

Ini one of group Presentations dalam Course Busness Study DSV kat Uni of Lonfon.. Part DSV Product Lounching. Kes Study Brand NIKE.. Jam NIKE..DSV sekelas dgn CIk B @cikb_havoc66 ..BELASAH jer..Janji confident & amazing belasah je la #fyppppppppppppppppppppppp #masukberandafyp #fypgakni #fypシ #masukberanda #masukberandafypシ #dsvgelak #datoserivida

♬ original sound – EMPAYAR DATO SERI VIDA – EMPAYAR DATO SERI VIDA

I am her mother,” jelas Dato’ Vida kepada pensyarah Cik B.

“Pebenda buat presentation satu kampung berdiri sekali” – Netizen

Video berkenaan walau bagaimanapun mendapat respon dari netizen yang mempertikaikan tindakan Dato’ Seri Vida yang turut serta melakukan pembentangan di dalam kelas Cik B.

Namun tanda tanya itu mendapat balasan DSV yang mengatakan perkara itu adalah biasa bagi universiti di luar negara.

image is not available

Apa-apapun bagi admin tak ada apa yang pelik jika pensyarah atau pihak universiti membenarkan DSV untuk turut serta dalam pembentangan itu. Semoga Cik B terus sukses!

Sumber: TikTok (1), (2)

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.