Pakai Kain Pelikat & Berkopiah, Ini Cara Madura United FC Lancar Jersi Baharu Pasukan

Entertainment
17 Jun 2023 • 1:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah kelab bola sepak Indonesia, Madura United FC telah membuat kelainan ketika melancarkan jersi terbaharu pasukan mereka.

image is not available

Pasukan Madura United FC telah memilih untuk mengadakan acara perasmian jersi di Pondok Pesantren Al-Hamidy, Pamekasan, Indonesia.

Yang menarik tentang perasmian jersi ini adalah kesemua pemain termasuk barisan pengurusan mengenakan outfit ala-ala penuntut pesantren (sekolah pondok) iaitu lengkap berkopiah dan berkain pelikat.

image is not available

Memetik laporan Radar Solo, semua barisan pemain dan pihak pengurusan kelihatan sangat selesa mengenakan outfit tersebut. Tidak terkecuali, pemain import mereka turut mengenakan outfit yang sama.

Acara perasmian itu turut disambut baik oleh para pelajar dan kakitangan pesantren.

image is not available

 

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.