“Pakai lego ke?” – [VIDEO] Owner Kecewa Tembok Batu Tak Kukuh, Tolak Dengan Tangan Je Boleh Jatuh

Entertainment
25 Jul 2022 • 4:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nak buat atau renovate rumah ni bukanlah senang kan? Perlukan perbelanjaan yang besar lepastu kita memang mengharapkan orang yang kita upah tu buat kerja betul-betul kalau tak memang rugi dan makin bertambah-tambah kos jadinya.

Macam baru-baru ini, seorang individu yang dikenali sebagai Dato Ismail telah memuat naik video di TikTok menunjukkan kekecewaannya bila tembok rumah yang sedang dibinanya itu tak kukuh.

Dalam video yang dikongsikan, korang boleh tengok macam mana owner rumah ni hanya gunakan tangannya saja untuk tolak tembok tersebut sebelum ianya jatuh sambil dilihat oleh dua orang lelaki.

“Guna simen ke guna lego”

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen menjelaskan bahawa kontraktor tersebut tidak menggunakan besi kerana itu tembok tersebut mudah tumbang.

Malah, ramai juga yang mengkritik kontraktor tersebut yang tidak memikirkan keselamatan orang lain dan hanya mahu kaut untung semata-mata.

image is not available

Nasib baiklah ada video macam ni, boleh jadi peringatan juga untuk orang macam kita ni supaya jangan mudah percaya orang dan sentiasa periksa kerja yang dibuat. Kalau tak naya…

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.