Pakai spek hitam bukan sakit mata – ADUN Labu

LocalPolitics
7 Oct 2026 • 4:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pakai spek hitam bukan sakit mata – ADUN Labu

SEREMBAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, Siti Nur Umaira Hasim menjelaskan pemakaian cermin mata hitam ketika turun ke kawasan menjalankan tugas sebagai wakil rakyat sejak beberapa hari lalu adalah disebabkan beliau sedang menjalani rawatan mata.

Penjelasan itu dibuat susulan perhatian dan komen kurang menyenangkan yang timbul berikutan penampilannya yang kerap mengenakan cermin mata hitam ketika menjalankan tugasan sebagai Adun.

Menerusi perkongsian di media sosial, beliau menjelaskan masalah mata yang dihadapinya bukan berpunca daripada jangkitan dan tidak berjangkit kepada orang lain.

“Pakai cermin mata pun salah kan. Saya ada rawatan mata. Tapi bukan jangkitan. Saya bukan sakit mata yang berjangkit, jadi semua tak tahu. Jangan salah anggap ye. Insya-Allah bila dah baik saya akan buka cermin mata hitam balik. Doakan yang baik-baik,” katanya.

Kebelakangan ini, Siti Nur Umaira kelihatan mengenakan cermin mata hitam ketika turun ke kawasan bagi melaksanakan tugas-tugas sebagai Adun Labu.

Keadaan itu turut mencetuskan pelbagai andaian termasuk suara-suara kurang menyenangkan yang mengaitkan masalah mata dihadapinya sebagai balasan susulan dakwaan beliau sebagai seorang penderhaka.

Isu berkenaan timbul selepas beliau dilaporkan menerima surat pembatalan jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), berkuat kuasa serta-merta pada 21 September lalu. – KOSMO! ONLINE

The post Pakai spek hitam bukan sakit mata – ADUN Labu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved