
SEREMBAN – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Sembilan, Siti Nur Umaira Hasim mengesahkan menerima surat pembatalan jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) berkuat kuasa serta-merta.
Siti Nur Umaira yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu berkata, beliau menerima surat berkenaan semalam, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
“Surat dah terima semalam. Saya tak boleh komen apa-apa. Tengok proses hari ini apa,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Razali Abu Samah berkata, beliau belum lagi menerima surat berkenaan kerana dalam tempoh bercuti, semalam.
Pada masa sama, Kosmo! cuba menghubungi beberapa Exco lain bagi mendapatkan perkembangan lanjut berhubung pembatalan jawatan berkenaan, namun gagal.
Semalam, 10 Exco Kerajaan Negeri Sembilan dibatalkan jawatan berkuat kuasa serta-merta selepas didakwa melanggar sumpah memegang jawatan yang dilafazkan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, pada 7 Ogos 2026. – KOSMO! ONLINE
The post Siti Nur Umaira sah terima surat pembatalan jawatan Exco Negeri Sembilan appeared first on Kosmo Online.






