“Pakai tu tak salah”- Penonton Mat Kilau Yang Bertanjak Diminta Tanggalkannya Ketika Menonton Sebab Halang Pandangan

Entertainment
26 Jun 2022 • 1:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, filem epik tentang pahlawan Melayu Mat Kilau lakonan Adi Putra, Fattah Amin, Betto Kusyairy dan Yayan Ruhian telah pun mula ditayangkan di pawagam.

Ramai rakyat Malaysia yang berpusu-pusu ke panggung wayang untuk tonton filem tersebut.

image is not available

Ada yang memang bersemangat habis, siap pakai baju ala-ala tradisional dan bertanjak lagi tau untuk ambil aura filem pahlawan ini.

Bagus la tu kan, siapa lagi yang nak memartabatkan pakaian tradisional kita kalau bukan orang Melayu sendiri kan?

Namun, ada beberapa orang netizen juga yang menasihati penonton filem Mat Kilau yang bertanjak di pawagam agar menanggalkan tanjak seketika ketika menonton sebab tanjak yang tinggi itu dikatakan mengganggu pandangan penonton yang duduk di seat belakang pawagam.

Ini terutamanya untuk memudahkan penonton yang rendah ketinggiannya sebab tanjak berkenaan akan sebabkan mereka tak berapa nampak muka pelakon.

Perkara itu telah dikongsikan menerusi Facebook Penang Kini semalam.

image is not available

Isu yang sama juga telah diperkatakan di Twitter semalam.

image is not available

Perkara itu telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang bersetuju dengan pendapat berkenaan dan ada juga yang kurang bersetuju.

Ini kerana ada yang mempersoalkan kenapa tak tegur je baik-baik secara depan-depan kepada individu yang bertanjak berkenaan.

Selain itu, ada juga netizen lain yang menceritakan hal sebenar di mana individu bertanjak itu sebenarnya dah tanggalkan tanjaknya selepas itu. Mungkin time awal-awal tu terlupa kot.

image is not available

Apa-apa pun, kita jadikan lah kejadian ini sebagai pengajaran. Semoga lepas ni kita semua jadi lebih bertimbang rasa terutamanya ketika berada di tempat awam.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.